Tajuk Pilihan
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Tuesday, 12/07/2016
Kongsi Artikel ini :Selama tempoh sebulan yang lalu, kita telah diberikan peluang untuk menggandakan amal ibadah dengan tujuan meraih pahala yang tidak terkira banyaknya; diberikan khas oleh Allah SWT hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Ianya berakhir dengan kemuncak sambutan Hari Raya Aidilfitri, di mana kita telah sama-sama menyambutnya pada 1 Syawal 1437H yang lalu.
Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hari kemenangan umat Islam, membawa maksud kemenangan melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa atau dengan kata lain kembali menjadi insan yang benar-benar beriman.
“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”.
Antara bait doa yang kita selalu dengar dan ucap sesama kita semasa sambutan hari kemenangan umat Islam ini. Alangkah indahnya jika ucapan tersebut kita ucapkan tidak tertumpu kepada keluarga sahaja, malah turut diucapkan kepada anak yatim, fakir miskin, orang yang kurang berkemampuan dan seluruh umat Islam terutamanya.
Dalam meraikan lebaran, kebanyakan kita telah membuat pelbagai persiapan rapi, malah ada yang sanggup berhabisan sebanyaknya demi memastikan ahli keluarga dapat merasai kegembiraan di Hari Raya. Namun, jangan dilupa pada yang kurang berkemampuan. Kemeriahan tersebut, akan lebih manis dan bermakna jika ianya turut dikongsi bersama yang lain.
Ya, mungkin ada yang mengatakan faktor kewangan akan menjadi halangan jika ianya ingin dikongsi ramai, namun percayalah dengan magnet rezeki yang disediakan Allah SWT; semakin banyak kita memberi, semakin banyak Allah hadiahkan. Mungkin hadiah rezeki tersebut bukan berupa balasan wang, malah dalam bentuk rezeki yang lain seperti kesihatan, kegembiraan juga mudahnya suatu urusan.
Jika tidak berkemampuan untuk berkongsi dari segi kewangan, mungkin boleh dikirimkan doa juga menziarahi mereka yang ditinggalkan keseorangan. Percayalah, dengan kebaikan dan senyuman yang kita sedekahkan, akan memberikan 1001 nikmat yang tidak terhingga dalam hati kepada mereka ini. Apatah lagi dalam suasana lebaran yang baharu sahaja seminggu kita sambut ini, masih terasa bahang meriah suasana Aidilfitri. Sambutan perayaan ini juga akan lebih bermakna tanpa ada rasa yang dipinggirkan.
Semoga semangat meraikan dan berkongsi kemeriahan sesama kita ini dapat diteruskan bukan terhad kepada bulan Syawal sahaja, malah setiap masa tanpa mengira umur juga agama. Seperti doa yang kita ucap, “Moga Allah menerima amalanku dan amalanmu”, semoga segala amal ibadah dan taubat kita diterima tiap masa dan ketika. InsyaAllah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Dikeluarkan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Tel: +609 – 668 5086
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Selama tempoh sebulan yang lalu, kita telah diberikan peluang untuk menggandakan amal ibadah dengan tujuan meraih pahala yang tidak terkira banyaknya; diberikan khas oleh Allah SWT hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Ianya berakhir dengan kemuncak sambutan Hari Raya Aidilfitri, di mana kita telah sama-sama menyambutnya pada 1 Syawal 1437H yang lalu.