Tajuk Pilihan
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
Thursday, 30/06/2016
Kongsi Artikel ini :Kuala Terengganu, 30 Jun – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam usaha untuk membantu komuniti setempat bagi persiapan Aidilfitri yang bakal tiba telah mengagihkan sejumlah 6000 kilogram kampit beras beserta daging lembu kepada 600 keluarga fakir miskin sekitar UMT. Pengagihan tersebut dijalankan sejurus selepas majlis Flag Off Program Cakna Asnaf yang di adakan di UMT pada hari ini.
Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Nor Aieni Mokhtar berkata, kesemua bantuan agihan tersebut adalah hasil dari sumbangan warga UMT serta komuniti luar yang sekaligus membuktikan keprihatinan mereka terhadap golongan fakir miskin khususnya.
Sejumlah sumbangan bernilai RM 77, 575 telah dapat dikumpulan melalui program Fastabiqul Khairat dan jumlah itu telah berganda berbanding RM 55,770 pada tahun sebelumnya. Sebahagian sumbangan tersebut turut digunakan bagi penyediaan 10,140 hidangan iftar untuk asnaf pelajar UMT serta anak-anak istimewa sekitar UMT yang diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini.
“Ini semua adalah hasil sumbangan dengan beberapa kerjasama NGO dalaman juga luar UMT. Saya mengharapkan usaha murni ini dapat diteruskan pada tahun hadapan disamping kita beramal malah bersama meringkankan beban insan yang serba kekurangan dalam menyambut Hari Lebaran nanti,” katanya.
Antara yang turut terlibat bagi program ini ialah Persatuan Kebajikan Staf Akademik (PASAK) UMT, Kelab MUTIARA UMT, Persatuan Kakitangan Am (KUAT) UMT, Persatuan Pentadiran dan Ikhtisas (PERENTAS) UMT, UMT Bikers Club, Kelab Pemilik Alza Malaysia serta 120 sukarelawan dan petugas universiti.
Dikeluarkan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Tel: +609 – 668 5086
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
Kuala Terengganu, 30 Jun – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam usaha untuk membantu komuniti setempat bagi persiapan Aidilfitri yang bakal tiba telah mengagihkan sejumlah 6000 kilogram kampit beras beserta daging lembu kepada 600 keluarga fakir miskin sekitar UMT. Pengagihan tersebut dijalankan sejurus selepas majlis Flag Off Program Cakna Asnaf yang di adakan di UMT pada hari ini.