Petikan Ucapan Naib Canselor semasa Perhimpunan Bulanan Julai 2013

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan selamat menunaikan ibadah puasa dan mengharungi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Perkembangan Sukan UMT

Baru-baru ini saya difahamkan empat orang pelajar kita telah memenangi pingat emas dalam Sukan SUKMA, oleh itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar tersebut dan juga kepada Pusat Sukan bawah Pejabat Pendaftar.

Saya berpendapat kita semua perlu bersukan dan jika boleh setiap orang berkecimpung dalam satu atau dua sukan dan jadikannya sebagai riadah dan juga untuk menguji sejauh mana kemampuan kita dalam sukan tersebut. Jika kita mengamalkan sukan, ia bukan sahaja akan membuatkan kita sihat tetapi mungkin prestasi sukan kita akan meningkat kerana kita belajar mengenai sukan tersebut dan bermain sukan tersebut secara berterusan.

Tetapi malangnya sebahagian besar daripada kita lazimnya kurang bersukan tetapi apabila hampir tiba hari pertandingan baharulah berlatih untuk beberapa minggu dan staf yang pandai bersukan nak main banyak permainan. Mungkin Pejabat Pendaftar dan Pusat Sukan boleh memberikan tumpuan sukan kepada individu warga kita, galakkan mereka bersukan sukan-sukan pilihan, galakkan untuk terus berlatih dan jadikan sebagai sebahagian daripada hidup.

Bulan Ramadhan Bulan Muhasabah Diri

Bulan Ramadhan itu membawa kita untuk berfikir sejenak tentang apa yang berlaku di masa yang lepas. Kadangkala kita perlu melangkah satu langkah ke belakang dan melihat kembali apa yang kita telah lakukan dalam satu tahun. Adakalanya orang berfikir sejenak atau berhenti sebentar di akhir 31 Disember, ada juga yang memikirkannya di akhir bulan hijrah sebelum Awal Muharam. Pada 31 Disember bagi saya kita tidak ada cabaran di hadapan tetapi dalam bulan Ramadhan kita mempunyai cabaran dan juga peluang dan ini adalah masa yang paling baik untuk kita berfikir tentang pencapaian kita.

Saya dapati sebahagian besar daripada tazkirah yang diberikan dalam bulan Ramadhan adalah mengenai hubungan kita dengan Allah SWT. Oleh itu kita perlu berfikir sejauh mana kita telah beribadah, sejauh mana kita telah meningkatkan keimanan kita, sejauh mana perbuatan dan ibadah kita diterima dan banyak juga yang mengatakan di bulan Ramadhan kita patut beribadah dengan lebih banyak kerana pahalanya berganda dan pelbagai aspek mengenai hubungan kita dengan Allah SWT.

                                            Hubungan Kita dengan Diri Sendiri                     

Tetapi saya ingin menyentuh beberapa hal yang tidak kurang penting yang berkait dengan hubungan kita dengan Allah SWT. Perkara pertama ialah hubungan kita dengan diri kita sendiri. Pernahkah kita memikirkan sejauh mana kita memberikan perhatian kepada diri kita, kepada kesihatan kita, kehendak minda kita, kehendak emosi kita, dan kehendak spiritual atau keagamaan kita? Adakah kita tidak fikir hubungan kita dengan diri kita, mengenali dan mencintai diri kita itu adalah blok asas untuk melakukan perkara lain?

Jika kesihatan kita terganggu, pada masa itu kita dapat merasakan kesihatan itu begitu penting. Apabila kita tidak sihat kita tidak dapat melakukan pelbagai perkara dan kita terpaksa mendapatkan bantuan ramai pihak dan pada ketika itu baharu kita sedar kesihatan itu adalah sangat penting, pada masa lain kita mengambil mudah akan kepentingan kesihatan. Kita perlu menjaga kesihatan kita. Bila kita menghidap darah tinggi atau kencing manis dan kesihatan kita telah terganggu, banyak perkara yang sudah tidak dapat kita lakukan.

Hubungan kita dengan diri kita juga berkait dengan bagaimana kita membawa diri. Untuk kita berjaya sebagai individu kita mesti proaktif. Apa itu proaktif? Jika seseorang bercakap dengan kita dan dengan serta merta kita respons maknanya kita tidak proaktif, kita reaktif. Proaktif bererti kita perlu berhenti sejenak untuk memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain dan memilih respons alternatif kita. Kebanyakan kita bersikap reaktif. Reaktif ini tidak menghasilkan kebaikan dan selalunya kita hanya menyinggung perasaan orang. Proaktif adalah pembawakan yang paling penting dalam kita membina kerjaya.

Selain itu dalam bekerja kita perlu memikirkan apakah objektif akhir, sebab kita melakukannya dan apa yang ingin kita capai. Sebagai contoh jika kita ingin membina sebuah rumah, kita perlu mempunyai pelan rumah dan kita patuhi pelan itu untuk membuat rumah dan kita dapatlah rumah yang elok berasaskan kepada pelan. Jika kita tidak mempunyai pelan bagaimana kita hendak berkomunikasi dengan kontraktor? Sekejap kita kata 12 kaki, sekejap kita kata 14 kaki. Akhirnya rumah kita menjadi satu rumah yang mungkin menimbulkan masalah. Oleh itu dalam semua kerja kita boleh juga memikirkan objektif akhir. Kita perlu berfikir dengan mendalam matlamat akhir sesuatu yang kita lakukan dan baharulah kita lakukan. Dan bila kita lakukan kita akan lakukan dengan niat yang tulus ikhlas, niat yang baik, dan niat untuk membantu.

Dan perkara ketiga ialah selalunya kita dibebankan dengan pelbagai kerja dan kita tidak tahu yang mana satu kerja yang lebih penting dan kerja mana yang patut dilakukan terlebih dahulu. Perkara yang utama perlu didahulukan. Dalam bekerja kita mesti memikirkan dua perkara. Satu, kepentingan sesuatu kerja itu dan yang kedua ialah kesegeraan, bila kerja itu perlu diselesaikan. Jika bos mengarahkan kerja itu perlu diselesaikan dalam masa tiga hari dari sekarang maka kita telah mempunyai satu pegangan iaitu tiga hari. Sebaliknya jika bos mengarahkan agar kerja itu diselesaikan sebaik mungkin, maka kita tidak diberikan masa tetapi kita mempunyai masa untuk melakukan sebaik mungkin. Dahulukan perkara yang utama adalah mengenai kita membuat pilihan kepada keutamaan kerja yang penting dan yang baik.

Jika kita ingin menjaga diri kita selain daripada kita menjaga kesihatan fizikal, emosi, dan spiritual, kita hendaklah bersikap proaktif, memikirkan objektif akhir dan dahulukan perkara yang lebih utama. Jika kita melakukan perkara-perkara ini kita telah memberikan perhatian kepada diri kita, dan kita semua berpotensi untuk menjadi seorang individu yang cemerlang. Kita telah berdikari dan tidak bergantung kepada ibubapa atau sesiapa lagi, kita bergantung kepada diri kita sendiri. Kita menjaga diri sendiri dan bergantung kepada diri sendiri.

Hubungan Kita dengan Rakan

Perkara kedua ialah hubungan kita dengan rakan, keserakanan, dan institusi kita. Saya ingin huraikan mengenai hidup saling bergantungan. Kita hidup di dunia ini bukan diri kita sahaja tetapi kita bersama dengan rakan kita, bersama suami atau isteri kita. Apakah amalan yang patut kita lakukan sebagai amalan kita dengan orang lain?

Antara amalan yang patut kita pegang ialah kita perlu mendengar keluhan orang lain dari hati kita. Kita perlu dengar apakah sebenarnya isu dan masalah yang dibawa oleh rakan kita, keserakanan kita dan institusi kita. Apabila kita telah mendengar dan memahaminya baharulah kita boleh respons dengan baik tetapi jika kita dengar ikut telinga kiri dan keluar telinga kanan, lepas itu kita respons dengan apa yang kita hendak lakukan atau apa yang kita rasa penting dilakukan yang kita mahu kawan kita lakukan, itu bukan hubungan. Itu adalah kita mahu apa yang kita hendak, dilakukan oleh orang lain atau kita memaksa orang lain melakukan apa yang kita rasa baik tetapi kita tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh rakan atau keserakanan kita.

Mendengar dan memaham isu, kehendak, masalah dan penyelesaian yang diharapkan oleh orang lain dan respons kepada perkara itu adalah pendekatan hubungan yang paling baik. Dan ia bukan sahaja menggembirakan rakan kita tetapi akhirnya menggembirakan kita juga kerana kegembiraan itu datangnya daripada memberi dan bukannya menerima. Sekiranya kita mahu memberi kita harus beri perkara yang orang mahu, bukan memberi perkara yang orang tidak mahu. Selalunya sebelum mendengar, kita dah tafsirkan apa yang orang mahu dan kita telah berikan jawapan berdasarkan kepada kehendak kita.

Dan perkara lain yang boleh kita amalkan dalam hubungan dua hala atau tiga hala ialah menang-menang. Apa maksud menang-menang? Kita dapat apa yang kita hendak dan rakan kita dapat apa yang mereka hendak, universiti atau institusi dapat apa yang mereka hendak. Bagaimana satu benda yang ingin dibahagikan kepada dua boleh menjadi dua? Sekiranya kita mempunyai sebiji epal dan kita ingin membahagikannya kepada dua, kita akan dapat setengah dan kawan kita akan dapat setengah, itu bukan menang-menang.

Lebih malang lagi jika kita mempunyai sebiji epal dan kita kata sebenarnya kita yang patut dapat epal ini, kamu tidak patut dapat epal ini. Dengan itu kita dapat sebiji epal, itu pun kita tidak menang lagi, kita hanya dapat sebiji epal. Dan kebanyakan kes kita tidak potong epal itu dengan sama, mungkin 2/3 untuk kita manakala 1/3 lagi adalah untuk orang lain. Jika kita berfikir dalam konteks menang-menang ini, satu itu perlu dibahagi kepada dua, kita tidak akan mencapai menang-menang. Menang-menang adalah lebih daripada itu, menang-menang bererti 1+1=3 atau banyak.

Bagaimana kita nak fikir menang-menang? Kita perlu berfikir dengan berbincang dengan panjang lebar antara sesama kita, kita dan rakan kita, memikirkan alternatif-alternatif baru, peluang-peluang baru. Akhirnya kita akan dapat persetujuan di mana idea kita tadi dan idea kawan kita tadi adalah idea yang bernas dan tidak ternilai. Gabungan antara idea kita dan idea rakan kita tadi adalah bersamaan dengan 10 biji epal kerana ianya merupakan sesuatu yang baharu, sesuatu yang lebih besar daripada apa yang dapat difikirkan oleh seorang. Dan apabila kita bahagikan 10 biji epal tadi, kita akan dapat lima dan kawan kita akan dapat lima.

Menang-menang ialah proses interaksi antara kita dengan rakan kita, antara kita dengan institusi kita, antara kita dengan keserakanan kita dan memikirkan perkara-perkara yang lebih besar, lebih baharu, lebih baik, lebih berimpak tinggi dan akhirnya kepentingannya didapati oleh kedua-dua pihak dengan lebih tinggi. Jika kita lakukan perkara ini maka hubungan kita dengan rakan kita akan sentiasa baik. Dan rakan-rakan kita akan sentiasa percaya bahawa apa yang kita cadangkan dan yang kita lakukan adalah untuk kebaikan bersama yang lebih besar.

Hubungan Kita dengan Alam

Dan akhirnya, hubungan kita dengan alam. Kita mesti percaya bahawa alam tidak memerlukan kita, sama ada kita ada atau tidak, alam tetap ada dan ia dalam keadaannya. Tetapi kita memerlukan alam, kita memerlukan perkhidmatannya seperti oksigen, air yang bersih, sumber makanan yang baik, kesihatan dan sebagainya.

Oleh itu adakah kita perlu dipaksa menjaga keperluan kita? Kita sepatutnya mempunyai hubungan dan kecintaan kepada alam yang tinggi supaya setiap tingkah laku kita memberikan perhatian kepada penjagaan alam sekitar, dan akhirnya untuk kebaikan kita juga.

Kenyataan Penutup

Sekian, sekali lagi selamat menunaikan ibadah puasa dan mungkin perjumpaan akan datang kita telah menyambut hari raya. Oleh itu, selamat melakukan persediaan untuk menyambut hari raya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Professor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo

16 Julai 2013