Seminar Pasca Siswazah UMT 2012

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Ucapan Penghargaan

Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan keizinanNya, dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam dewan ini bagi mengikuti Seminar Pasca Siswazah UMT 2012.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara-saudari sekalian kerana sudi meluangkan masa dari kesibukan menjalankan penyelidikan untuk bersama-sama dengan saya dan para pegawai UMT yang lain di Seminar Pasca Siswazah UMT 2012. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran seminar ini daripada Pejabat Pendaftar dan diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Noor Azhar Bin Mohamed Shazili.

Komitmen Pengurusan UMT

Tujuan utama seminar kita pada pada kali ini ialah untuk berkongsi pengalaman dan pendapat untuk mengatasi sebarang masalah dan rintangan yang ada, yang mana jika tidak ditangani dengan baik, ianya akan menjejaskan prestasi pengajian saudara-saudari sekalian.

Saya juga harapkan seminar selama tiga hari ini akan menjadi titik tolak untuk kita sama-sama berkongsi komitmen untuk memastikan proses pengajian dan penyelidikan saudara-saudari berjalan dengan lancar dan sempurna, dan, pada akhirnya saudara-saudari akan dapat menamatkan pengajian dengan jayanya di dalam tempoh yang telah ditetapkan. Seminar pada kali ini juga akan dijadikan sebagai pemangkin untuk melihat kemajuan yang saudara-saudari perolehi sepanjang pengajian selama ini.

Graduate on Time

Kementerian Pengajian Tinggi amat menitikberatkan agar staf-staf universiti yang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan juga Ph.D supaya berusaha untuk mencapai GOT (Graduate on Time). Untuk makluman saudara-saudari sekalian, statistik terkini yang saya perolehi menunjukkan sepanjang 4 tahun yang lepas (2008-2011), daripada 93 staf yang mengikuti pengajian di peringkat Ph.D, hanya seramai 41 orang staf lulus di dalam tempoh yang dibenarkan (termasuk lanjutan). Hanya 44% dari staf UMT mendapatkan ijazah kedoktoran di dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ianya satu angka yang rendah jika kita ambil kira bahawa semua staf yang dipilih untuk mengikuti program ini adalah terdiri daripada mereka yang amat berjaya dari segi kelayakan akademik.

Oleh itu, percakapan yang biasa kita dengar seperti “relaks la, kita ada 4 tahun/5 tahun untuk tamatkan pengajian kita”, “tak apa belajar lama-lama pun, lanjutan mesti diluluskan” atau “belajar lebih dari 4 tahun pun tak apa, UMT tidak boleh ambil apa-apa tindakan” perlu saudara-saudari elakkan apatah lagi tidak sesuai untuk diamalkan.

Melihat kepada data pencapaian, situasi sekarang menunjukkan bahawa pencapaian program cuti belajar tidak menghasilkan satu statistik yang boleh kita sama-sama banggakan. Oleh itu, saya memerlukan komitmen saudara-saudari sekalian untuk  sama-sama melakukan satu anjakan paradigma, untuk kita sama-sama melakukan transformasi untuk membolehkan statistik yang saya nyatakan tadi akan meningkat seboleh-bolehnya menjadi 100% GOT.

Komitmen ini perlu diberikan sekarang. Transformasi ini perlu dilakukan sekarang. Saya juga memerlukan kepercayaan dari saudara-saudari sekalian untuk membolehkan kita sama-sama melakukan transformasi ini. Oleh itu, bagaimana agaknya saudara-saudari boleh melakukan transformasi ini? Bagaimana saudara-saudari akan menghabiskan pengajian di dalam tempoh yang ditetapkan?

Yang pentingnya, komitmen terhadap pengajian saudara-saudari itu sendiri perlu ditingkatkan lagi. Pengurusan masa adalah satu aspek yang amat penting. Saudara-saudari perlu menguruskan masa dengan bijak. Saya percaya, jika saudara-saudari dapat memperuntukkan sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan 8 jam sehari ditambah lagi dengan cara bekerja yang bijak dan intelektual, InsyaAllah, saya pasti saudara-saudari akan menamatkan pengajian di dalam tempoh yang dibenarkan (GOT).

Insentif Lulus Pengajian

UMT telah meluluskan dan melaksanakan satu dasar untuk memberi ganjaran kepada staf yang berjaya lulus pengajian Ph.D dalam tempoh 3 tahun sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan lagi peratusan GOT. Ganjaran tersebut adalah bernilai RM10,000 di dalam bentuk geran penyelidikan. Sepanjang tempoh 3 tahun yang lepas, seramai 2 orang staf kita (satu daripada luar negara, satu daripada dalam negara) telah berjaya lulus pengajian Ph.D mereka kurang daripada 3 tahun. Saya harapkan akan ada lagi staf kita yang akan memperolehi ganjaran ini.

Early Warning System

Sebentar tadi, saya telah menyentuh berkenaan statistik berkaitan GOT. Untuk pengetahuan semua, pada  masa ini kita mempunyai seramai 182 orang staf yang sedang cuti belajar di mana 179 orang adalah di peringkat pengajian Ph.D dan seramai 3 orang adalah di peringkat sarjana. Sebanyak 34% daripada jumlah keseluruhan staf sedang cuti belajar melanjutkan pengajian dalam negara, dan  66% adalah di luar negara. Namun, masih terdapat pegawai yang gagal dalam pengajian Ph.D mereka. Dari  tahun 2009 sehingga tahun 2012, daripada jumlah keseluruhan pegawai tamat tempoh pengajian peringkat Ph.D iaitu seramai 127 orang, seramai 48 orang masih belum lulus pengajian manakala 10 orang telah gagal dalam pengajian. Peratusan jumlah yang gagal ialah sebanyak 8%. Jumlah ini adalah besar, ianya satu perkara yang dipandang serius oleh pihak pengurusan universiti. Saya sendiri percaya ianya satu perkara yang amat serius, penting, dan perlu ditangani oleh kita semua.

Saya percaya perkara seperti tidak dapat menamatkan pengajian atau gagal boleh kita tangani bersama jika langkah pencegahan dilakukan di peringkat awal pengajian. Oleh itu, laporan-laporan kemajuan saudara-saudari sekalian adalah amat penting untuk membolehkan Jawatankuasa Cuti Belajar membuat pemantauan dan ‘early warning system’ diadakan.

Sistem Mentor-Mentee

Selain daripada ‘preventive action’ yang saya nyatakan tadi, UMT juga telah memperkenalkan sistem mentor-mentee yang membolehkan saudara-saudari mengenalpasti dan memilih mentor daripada kalangan pensyarah yang senior untuk mendapatkan nasihat dan panduan. Sistem ini adalah penting kerana ianya akan menjadi satu landasan kepada saudara-saudari sekalian untuk berkongsi masalah dan meminta nasihat bukan sahaja dari aspek pengajian dan penyelidikan malah dari aspek yang lain seperti untuk meningkatkan motivasi dan semangat. Saya harapkan dengan adanya sistem-sistem yang kita perkenalkan, ditambah lagi dengan komitmen dan pengurusan masa yang bijak, saya percaya statistik gagal pengajian ini akan menunjukkan angka yang kosong bermula pada tahun hadapan.

70% pensyarah berkelayakan Ph.D

UMT sentiasa dan akan terus memberikan komitment yang tinggi untuk meningkatkan lagi bilangan pensyarah yang mempunyai Ph.D. Ianya amat penting untuk membolehkan nama UMT akan terus tersohor di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga 30 Jun 2012, peratus pensyarah berkelayakan Ph.D adalah sebanyak 52% dan kita mensasarkan UMT akan mencapai sebanyak 70% pensyarah berkelayakan Ph.D pada tahun 2015.

Pada tahun 2011, UMT telah membelanjakan sebanyak RM5.9 juta untuk menampung perbelanjaan urusan cuti belajar. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada tahun 2012 sebanyak RM6.3 juta. Dengan adanya bilangan staf akademik berkelayakan Ph.D yang ramai dan Insya Allah, saudara-saudari akan memberi sumbangan kepada peratusan itu nanti, aktiviti-aktiviti penyelidikan yang akan dijalankan di UMT akan menjadi lebih rancak, lebih hebat dan akan memberi satu impak yang lebih besar kepada nama UMT.

Penyelidikan Berimpak

Sekarang ini, UMT amat pesat membangun dari segi fizikalnya. Pendek kata, apabila saudara-saudari pulang dengan ijazah Ph.D, Insya Allah, UMT akan memberikan satu persekitaran yang kondusif untuk saudara-saudari menjalankan penyelidikan dengan baik. Harapan saya, agar penyelidikan ini nanti akan memberi impak yang tinggi kepada nama UMT terutamanya di dalam mengtranslasikan hasil penyelidikan kepada artikel-artikel yang diterbitkan di dalam jurnal berimpak faktor tinggi. Sebenarnya, saudara-saudari sudah pun boleh mula memberi sumbangan sekarang untuk menaikkan nama UMT dengan menghasilkan penerbitan-penerbitan artikel di dalam jurnal berimpak faktor ini hasil daripada penyelidikan yang dijalankan untuk pengajian Ph.D.

Manfaatkan Peluang

Sekali lagi saya harapkan agar saudara-saudari dapat memanfaatkan seminar ini untuk berkongsi pandangan dan komitmen bagi membolehkan saudara-saudari sekalian lulus pengajian Ph.D dengan jayanya di dalam tempoh yang telah ditetapkan atau Graduate on Time. Saya juga harapkan seminar selama tiga hari ini akan mencapai objektif seperti yang dirancang.

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.