Majlis Anugerah Malim Ilmu UMT 2012

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana telah dikurniakan-Nya kesempatan ini untuk kita bersama-sama pada malam ini di Majlis Anugerah Malim Ilmu 2012 yang telah diadakan buat kali yang ke-lima.

Anugerah Malim Ilmu Sebagai Pentas Menghargai Sumbangan Penyelidik

Majlis ini merupakan landasan khusus yang dianjurkan oleh UMT untuk memberi anugerah dan pengiktirafan kepada penyelidik-penyelidik UMT yang cemerlang dan telah memberikan sumbangan yang ketara dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan penghasilan inovasi untuk sepanjang tahun 2011.

Ucapan syabas dan tahniah kepada para penyelidik yang telah dipilih untuk menerima anugerah dan hadiah pada malam ini kerana ia merupakan pengiktirafan kepada tuan/puan di atas kesungguhan dalam menjayakan agenda penyelidikan universiti.

Kejayaan Penyelidikan sebagai Asas Pembangunan UMT

Sebagai sebuah universiti yang mengutamakan penyelidikan, UMT perlu memberikan tumpuan kepada pencapaian penyelidikan pada setiap tahun. Dalam menilai pencapaian penyelidikan, tumpuan utama perlu diberikan kepada usaha mempertingkatkan pencapaian yang telah diperoleh dan seterusnya mengekal dan meningkatkan momentum penghasilan penyelidikan yang berkualiti. Ini selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui Teras Ketiga iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi. Pencapaian dalam penyelidikan yang ada sekarang merupakan asas yang kukuh untuk kita terus bergerak kehadapan dengan lebih cepat ke arah mencapai matlamat menjadi sebuah universiti yang lebih berfokus dan berkualiti dalam menghasilkan karya penyelidikan.

Kejayaan yang  lebih cemerlang boleh dicapai sekiranya, para penyelidik kita mengekalkan iltizam untuk mencapai sasaran seperti yang telah digariskan dalam pelan strategik universiti. Dengan kekuatan dan bilangan pensyarah sedia ada, disokong oleh prasarana penyelidikan, kita mampu untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan penyelidikan di UMT.

Meningkatkan Nilai Kepakaran Melalui Penyelidikan

Peluang para penyelidik UMT untuk menjalankan penyelidikan terbuka luas di fakulti mahupun di institut. Bagi menyokong dan menyediakan sistem dan ekosistem terbaik, universiti sedang memperkemaskan mekanisma untuk menggalakkan pensyarah-pensyarah daripada fakulti menyertai institut secara dual-appointment di semua Pusat Kecemerlangan UMT, iaitu INOS, AKUATROP, IMB dan CSD. Malah, dalam CAP Akademia, terdapat lima KPI yang perlu dicapai di peringkat nasional dan salah satu KPI tersebut berkaitan dengan mobiliti pensyarah dan dual-appointment. Institut–institut kecemerlangan penyelidikan ini merupakan tunjang atau tulang belakang yang mampu memacu dan membawa penyelidikan ke tahap yang lebih cemerlang. Para pensyarah di fakulti harus melihat peluang ini sebagai kesempatan untuk menjalankan penyelidikan demi meningkatkan keupayaan dan kredibiliti penyelidikan mereka dalam bidang-bidang khusus yang terdapat di institut-institut tersebut.

Menerokai Peluang Kerjasama dan Dana daripada Industri Kecil dan Sederhana

Sumber dana penyelidikan dari kerajaan memang diketahui amat terhad. Namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita “berpeluk  tubuh” dan menjadi faktor penghalang untuk memulakan usaha menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu proaktif mendekati pihak swasta dan korporat dalam mengiatkan usaha untuk mendapatkan dana demi menampung keperluan pembiayaan dalam penyelidikan. Suatu pendekatan dan persekitaran yang mesra industri perlu diperkenalkan. Para penyelidik UMT perlu memahami apakah kehendak dan keperluan industri serta mengenalpasti potensi pasaran dalam merancang sesuatu penyelidikan. Pelbagai peluang di dalam industri, terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS) yang memerlukan khidmat para penyelidik UMT untuk mempertingkatkan hasil keluaran, meningkatkan kualiti produk, ataupun produk dan inovasi baru untuk dipasarkan. Walaupun IKS tidak mempunyai modal yang besar dalam memberikan kita sejumlah dana yang besar, namun mereka adalah kumpulan industri yang menjana sumber ekonomi dan keperluan masyarakat setempat yang berada berdekatan di sekeliling kita.

Penyelidikan Beretika sebagai Asas Kejayaan

Universiti amat menggalakkan para penyelidik supaya sentiasa aktif dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan, penerbitan artikel jurnal, penulisan buku ilmiah dan penghasilan produk inovasi, dan kita sememangnya berbangga dengan pencapaian dan prestasi yang telah ditunjukkan oleh para penyelidik. Namun begitu, keghairahan kita mengejar kecemerlangan mestilah mengekalkan nilai-nilai etika dan integriti yang menyokong kepada pencetusan ilmu yang berkualiti. Pihak universiti akan sentiasa membantu para penyelidik melalui penyediaan garis panduan dalam menjalankan penyelidikan demi meningkatkan kualiti hasil penyelidikan yang menepati piawai antarabangsa.

Selain itu, para penyelidik juga perlu menyebarluaskan ilmu-ilmu yang diteroka terutamanya kepada para pelajar agar ilmu dapat berkembang dan dimanfaatkan oleh semua golongan. Universiti juga akan memberikan pengiktirafan kepada pengajar yang cemerlang dengan kriteria yang lebih objektif.

Penghargaan Atas Penglibatan Semua

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah yang telah dipilih pada tahun ini. Semoga kejayaan ini menjadi perangsang dan cabaran kepada penyelidik yang lain untuk mempertingkatkan usaha bagi mencapai kejayaan yang gemilang di tahun hadapan. Anugerah seperti ini mampu menjadi pelonjak kepada semua warga penyelidik UMT untuk terus mempergiat, memperkukuh dan mempertingkat usaha penyelidikan dan seterusnya mewujudkan budaya penyelidikan yang sihat di UMT. Saya mendoakan semoga segala usaha mulia tuan puan untuk memperkayakan bidang ilmu ini, mendapat ganjaran dan balasan yang lebih besar daripada Allah SWT.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada panel-panel Penilai Anugerah, ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Malim Ilmu, dan semua yang telah berusaha dalam menjayakan majlis ini.

Saya akhiri ucapan saya ini dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, merasmikan Majlis Anugerah Malim Ilmu 2012.

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.