Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah kurnianya kita dapat bersama di majlis ini. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Saya bagi pihak Universiti Malaysia Terengganu ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu ke universiti ini bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada hari ini.

Di kesempatan ini juga, saya turut ingin mengalu-alukan kehadiran para pegawai di semua peringkat dan tetamu jemputan serta para penerima Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) yang dapat hadir bersama-sama kita pada pagi ini.

Pemahaman Tentang PTPTN

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan taklimat PTPTN kepada para pelajar dan ibu bapa khususnya. Saya harap taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara dan pegawai daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedikit sebanyak telah memberi informasi dan maklumat berguna mengenai hasrat PTPTN dan kerajaan khususnya kepada pembangunan pendidikan dan pelajaran anak-anak bangsa di masa akan datang.

Majlis pada hari ini adalah merupakan kerjasama antara pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Penyiaran Malaysia dan Pejabat YAB Perdana Menteri. Majlis ini dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bermula daripada 18 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 di 35 buah lokasi di seluruh Malaysia.

Saya difahamkan bahawa di Negeri Terengganu sendiri ia dibahagikan kepada 3 Zon Pelaksanaan iaitu di Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman. Bagi zon Kuala Terengganu, lokasi yang dipilih ialah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak UMT sangat berterima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di atas pemilihan UMT sebagai Tuan Rumah bagi majlis ini dan ini merupakan satu penghargaan yang sangat tinggi kepada kami dan ini jelas menunjukkan bahawa UMT semakin dikenali. Majlis ini juga adalah sebahagian daripada khidmat komuniti kami kepada masyarakat setempat.

Manfaatkan PTPTN Sebaik Mungkin

Saya juga difahamkan bahawa bagi Zon Kuala Terengganu ini, jumlah penerima Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) adalah seramai 1,480 orang. Dan jumlah ini jauh lebih besar berbanding di Zon Dungun dan di Zon Kemaman. Kebanyakan pelajar datangnya bermula daripada daerah Besut, Jerteh, Setiu, Permaisuri dan Kuala Terengganu.

Kepada penerima-penerima Wang Pendahuluan Pembiayaan yang hadir pada hari ini, pihak universiti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemberian ini dan diharapkan agar anda semua dapat memanfaatkan pemberian ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah disalahgunakan untuk tujuan yang tidak memberi apa-apa faedah kepada pengajian anda semua. Gunakanlah pendahuluan ini untuk tujuan yang penting dan sentiasalah berjimat-cermat di dalam setiap perbelanjaan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri atas kesudian Yang Berhormat hadir pada pagi ini untuk menyampaikan Baucer Wang Pendahuluan Pembiayaan kepada penerima-penerima yang terpilih.

Sekian sahajalah ucapan daripada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.