Ucapan Sempena Majlis Anugerah Tahunan UMT 2012

MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN UMT 2012

21 Mei 2012 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1433H (Isnin), 8.00 malam

Ri-Yaz Heritage Marina Resort  & Spa, Pulau Duyong

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah memberikan kesempatan kepada saya untuk bersama untuk memeriahkan sambutan Majlis Anugerah Tahunan UMT ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mengaturkan kesempatan ini untuk kita sama-sama berada di Majlis Anugerah Tahunan Universiti Malaysia Terengganu Tahun 2012.  Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, majlis ini merupakan landasan  untuk kita memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan kita yang telah mencapai prestasi cemerlang berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), bagi tahun 2011 bagi menjulang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. 

Selain itu, beberapa kategori anugerah juga turut diraikan iaitu Anugerah Pengajar Cemerlang dan Anugerah Khas Naib Canselor. Saya dimaklumkan pada tahun 2011, seramai 124 orang  telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 4 orang penerima Anugerah Pengajar Cemerlang dan 3 penerima Anugerah Khas Naib Canselor.

Pencapaian Diutamakan

Perdana Menteri kita, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah menegaskan komitmen untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi serta berpaksikan keutamaan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu slogan “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” perlu difahami dan direalisasikan dalam semua aspek pekerjaan kita. Kita sebagai anggota perkhidmatan awam perlu mendukung dasar ini dan seterusnya menterjemahkannya ke dalam pekerjaan yang kita lakukan. Dahulukan rakyat tanpa meninggalkan pencapaian. Utamakan pencapaian tanpa membelakangkan rakyat.

Di dalam kita memfokuskan kepada kecemerlangan organisasi, kita perlu ingat bahawa kecemerlangan organisasi amat bergantung kepada kecemerlangan setiap individu dalam organisasi tersebut. Tanpa individu-individu ini, tanpa kecemerlangan individu-individu ini maka tiadalah kecemerlangan organisasi. Tentunya amat bertepatan sekali kita meraikan individu-individu ini dalam majlis pada malam ini. Majlis yang memberi pengiktirafan kepada sumbangan besar mereka.

Kepentingan Kecemerlangan

Kecemerlangan sesebuah organisasi berada di atas bahu semua kakitangannya, tidak kira pangkat atau jawatan. Kecemerlangan merupakan hasil kerjasama berpasukan setiap individu dalam organisasi. Setiap sumbangan walau sekecil mana pun, oleh setiap individu dalam organisasi telah membuahkan kecemerlangan yang lebih hebat iaitu kecemerlangan organisasi. Maka bagi kakitangan serta individu yang tidak mendapat anugerah pada malam ini, tuan-tuan dan puan-puan bukannya tidak cemerlang, tetapi individu yang diraikan pada malam ini lebih cemerlang. Oleh itu, harapan saya agar anugerah ini dapat menyuntik semangat dan daya saing di kalangan kakitangan untuk mencapai kecemerlangan. Kita bersaing bukan kerana kita mahu mengekalkan apa yang sedang dicapai, tetapi bersaing secara sihat untuk terus maju daripada apa yang telah dicapai pada masa kini melalui penambahbaikan dan perubahan berterusan, seperti kata tokoh atau Guru’s of management, Tom Peters, “Excellent firms don't believe in excellence - only in constant improvement and constant change.”. Oleh itu, warga UMT harus lebih cekap, berkesan, reponsif, berani berubah serta peka kepada perubahan semasa untuk menangani saingan dari dalam mahupun luar organisasi melalui pemantapan daya saing, ilmu pengetahuan dan juga amalan disiplin yang tinggi.

Usaha Mencapai Kecemerlangan

Warna tema majlis pada malam ini  ‘merah membara’ saya terjemahkan kepada semangat membara seperti api yang menyala, membakar dan menerang seluruh pelosok alam. Peribahasa ada berkata ‘gengam bara api biar sampai jadi abu’, maka seharusnya kita mengambil tema malam ini untuk mengukuhkan semangat dengan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Di sini saya ingin menggariskan beberapa perkara yang penting dalam usaha mencapai kecemerlangan. Pertamanya adalah shared mission atau perkongsian misi. Semua kakitangan UMT, dari semua lapisan, perlu memahami mencernakan dan seterusnya menjiwai misi UMT. Dengan cara ini setiap kakitangan akan tahu hala tuju universiti dan bergerak bersama untuk mencapainya. Keduanya Flexible Management System – Permanence and Dynamism, Dalam sistem pengurusan masa kini, UMT perlu melaksanakan sistem yang fleksi, sebuah sistem yang mengekalkan proses yang terbukti berkesan disamping menambah baik sistem yang kurang mantap. Melalui pendekatan ini maka tentunya sistem pengurusan UMT akan bertambah baik. Ketiganya Decision Making Process Through Group Consultation and Empowerment. Keputusan dan tindakan yang bakal diambil perlu diperhalusi dan dibincangkan bersama sebelum ianya diambil. Melalui perbincangan sebegini, keputusan yang diambil akan menjadi lebih mantap dan credible. Namun demikian ia bukanlah menidakkan empowerment yang telah diberikan. Proses pembuatan keputusan yang disandarkan kepada perbincangan dan percambahan idea akan memastikan UMT akan terus berdaya saing.

Pengiktirafan Kecemerlangan

Akhir kata saya bagi pihak seluruh warga UMT mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Anugerah ini hanyalah secebis pengiktirafan kepada kakitangan yang cemerlang. Semoga komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan akan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya. Saya percaya, Panel Penilai Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia (JKPSM), UMT telah melaksanakan tugas dengan berintegriti, adil dan telus bagi mengenal pasti hanya mereka yang layak dan telah memenuhi syarat terpilih menerima anugerah pada malam ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Pelaksana, yang dipengerusikan oleh Pendaftar di atas kejayaan mengadakan majlis penghargaan kepada kakitangan dalam suasana ‘istimewa’, bersesuaian dengan kecemerlangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh kakitangan. Ucapan tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua penerima anugerah pada malam ini.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh