Majlis Perasmian Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Ucapan Penghargaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat berkumpul di Dewan Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, PSNZ, UMT pada hari ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Program Saintis Islam Kohort III Terengganu 2017, Yayasan Terengganu (YT), Pusat Sains & Kreativiti Negeri Terengganu sebagai penaja utama di atas usaha serta kesungguhan bagi penganjuran Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017. Sudah tiga kohort program ini telah berjaya berlangsung di UMT. Semoga usaha murni kita semua untuk melahirkan generasi Ulul Albab mencapai kejayaan suatu masa nanti, InsyaAllah.

Tahniah di atas jaringan kerjasama yang baik sebagai rakan pintar program UMT dengan kerjasama agensi-agensi yang terlibat dalam program ini. Saya juga mengucapkan setinggi tahniah, kepada 17 orang peserta Program Saintis Islam Terengganu kohort III yang telah terpilih. Syabas kepada para pelajar & tahniah kepada ibu bapa. Program Saintis Islam Terengganu Kohort III akan berlangsung di UMT bermula pada hari ini 6 Februari 2017 sehingga 2 Mac 2017.

Pengenalan Program Saintis Islam Terengganu Kohort II 2017

Hadirin hadirat sekalian,

Program Saintis Islam Terengganu Kohort III ini adalah satu Program aspirasi YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Sri Hj Ahmad Razif Bin Abd. Rahman untuk melahirkan saintis Islam muda seimbang yang dapat menguasai ilmu  astronomi, kejuruteraan, ilmu al-quran dan kebijaksanaan emosi (emotional intelligence). Melahirkan golongan professional dan berakhlak tinggi. Dalam erti kata lainnya, program ini bukan hanya dapat melahirkan generasi muslim berpengetahuan, berkemahiran dan berkepimpinan tetapi juga berjiwa holistik.

Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017 menjadi medium pendedahan awal pelbagai bidang ilmu dan bimbingan kepada generasi muda merangka halatuju yang jitu. Ia dilihat sebagai satu wadah anjakan paradigma bagi melahirkan generasi muda kelas pertama Ulul Albab di Negeri Terengganu. Seterusnya mereka sebagai ‘role model’ masyarakat bakal menyumbang kepada transformasi pembangunan negara.

Program seumpama ini merupakan satu wahana inovasi sosial yang telah dijana oleh para penyelidik. Kumpulan akademik UMT dan Unisza telah berkecimpung dengan aktif dalam komuniti demi memacu inovasi sosial ke arah transformasi dan penghijrahan minda.

Modul – Modul Utama Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017

Hadirin Yang Dihormati,  

UMT mempunyai sekumpulan pakar yang telah melangkah ke hadapan membangunkan 10 Modul seperti Modul Apresiasi Ketamadunan Islam dan Kenegaraan, Modul Integrasi Minda Quranik dan Saintifik, Modul Pengembangan Daya Fikir dan Intelektual, Modul Pemantapan Jati Diri Psikospiritual, Modul Komunikasi dan Dominasi Bahasa, Modul Kecergasan Fizikal dan Pemakanan Rasulullah, Modul Penerokaan Sains & Matematik, Modul Aplikasi Sains & Teknologi, Modul Keusahawanan dan Modul Eksplorasi Kerjaya. Tahniah saya ucapkan kepada para penyelidik semua dan Modul-modul ini telah pun dirasmikan oleh Ybhg Dato’Seri Najib Bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 23 Mei 2016.

Modul-modul ini telah dibangunkan khas oleh para penyelidik UMT hasil kolaborasi dengan penyelidik UNISZA untuk di pindahkan keilmuan tersebut dalam komuniti. UMT telah memacu kelestarian sejagat dengan membuat pemindahan ilmu tersebut dalam Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017 ini. Produk inovasi sosial ini dibangunkan khas bagi melatih masyarakat dan komuniti ke arah keseimbangan pembinaan tamadun rohani atau spiritual dan kebendaan.

Ianya juga merupakan wahana penting bagi melahirkan generasi ulul albab, golongan profesional dan teknokrat dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja Itqan dan pakar dalam bidang masing-masing (high tech) tetapi mempunyai integriti dan berakhlak (high touch). Apabila komuniti mempunyai sahsiah dan peribadi yang berintegriti (high touch) maka akan dapat membina budi pada ketamadunan kerohanian yang tinggi. Apabila masyarakat dan komuniti mempunyai kepakaran iaitu itqan (high tech) maka akan terbinalah kekuatan teknologi tamadun kebendaan yang mapan.

Akhirnya, ilmuan Muslim yang akan mencapai puncak perkembangan ilmu sains dan teknologi seperti pada sebuah zaman iaitu zaman keemasan sains Islam (The Golden Ages of Islamic Science) diharapkan akan muncul kembali. Syabas kepada semua penyelidik UMT dan UNISZA. Inilah yang dikatakan keutuhan Kolaborasi Pemangkin Kecemerlangan Inovasi.

Justeru, saya mengharapkan kesinambungan program ini dapat dijadikan platform bagi menjana potensi dan prestasi peserta ke arah misi dan visi ke peringkat global.

Penutup

  Hadirin Yang Dihormati,

Gabungan peranan UMT sebagai pusat penjanaan ilmu dan Yayasan Terengganu, PSKT sebagai rakan pintar, saya yakin dan percaya, kolaborasi ini akan membuahkan hasil yang terbaik. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada ibubapa peserta, pihak sekolah dan semua yang terlibat kerana telah berjaya mendidik dan melahirkan individu yang cemerlang yang dikatakan generasi Ulul Albab. Syabas kepada semua!

Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.