Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT dengan Jabatan Warisan Negara & UMT dengan Laguna Redang Island Resort

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Aluan dan Terima Kasih

1.      Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita berada di sini untuk menjayakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMT dengan Jabatan Warisan Negara dan UMT dengan Laguna Redang Island Resort.

2.      Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga UMT mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil dari agensi kerajaan negeri serta dari pelbagai agensi kerajaan dan setinggi penghargaan atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama kita pada pagi ini.

KERJASAMA DENGAN LAGUNA REDANG ISLAND RESORT (Penyu dan Terumbu karang)

Hadirin yang saya hormati sekalian,

3.      Pada hari ini, UMT juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Laguna Redang Island Resort bagi mengeratkan lagi kerjasama dalam penyelidikan dan pemuliharaan penyu serta ekosistem terumbu karang di sekitar Pulau Redang. Kerjasama ini sebenarnya, telah lama wujud, iaitu semenjak Tahun 2004 lagi.

4.      Saya bagi pihak Universiti Malaysia Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Laguna Redang Island Resort kerana telah membantu dan menyokong kuat penyelidikan dan pemuliharaan penyu dan terumbu karang di Pulau Redang.

5.      UMT telah memulakan penyelidikan dan pemuliharaan penyu di Pulau Redang semenjak dari Tahun 1993 lagi. Untuk menjalankan program dalam jangka masa yang panjang seumpama ini, peruntukan yang tinggi amat diperlukan. Selama ini, ramai tidak mengetahui bahawa pihak Laguna Redang telah menawarkanperkhidmatan feri secara percuma kepada penyelidik UMT dan sukarelawan penyu. Bantuan ini dilihat sangat bermakna kepada kami kerana mampu mengurangkan kos perjalanan yang agak tinggi untuk melakukan kajian di Pulau Redang.

6.      Hasil kerjasama erat SEATRU-LAGUNA juga boleh dilihat melalui penganjuran bersama ‘outreach program’ yang dijalankan secara berkala bermula pada tahun 2009. Keseluruhan kos penginapan dan makanan petugas SEATRU ditanggung sepenuhnya oleh pihak LAGUNA Redang, demi memastikan mesej kesedaran pemeliharaan alam sekitar ini dapat dikongsi bersama-sama oleh pengunjung di Laguna Redang Island Resort.

7.      Penyelidikan dan pemuliharaan penyu yang dijalankan  oleh UMT selama lebih dua dekad telah berjaya menghasilkan hampir sejuta anak penyu bagi meningkatkan populasi penyu di Pulau Redang. Bermula pada Tahun 2010, peningkatan positif telah dilihat pada populasi penyu agar (green turtle) di Pulau Redang, dan pada tahun lepas (2016), UMT telah mencatat pendaratan penyu yang paling tinggi di Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang dengan 1,500 persarangan, iaitu dua kali ganda daripada rekod persarangan penyu sebelum ini.

8.      UMT amat terhutang budi kepada Laguna Redang Island resort kerana menyokong usaha pemuliharaan dan penyelidikan penyu serta terumbu karang di Pulau Redang. Diharapkan, menerusi perjanjian persefahaman ini, dapatlah UMT, menerusi sokongan dan bantuan dari Laguna Redang, terus memacu aktiviti pemuliharaan penyu dan ekosistem terumbu karang di Pulau Redang, yang kelak mampu dihargai dan diwarisi oleh pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara, seterusnya generasi yang akan datang.

Jalinan Kerjasama UMT dan Jabatan Warisan Negara

Para Hadirin sekalian,

9.      Kerjasama UMT dengan Jabatan Warisan Negara pula telah berlangsung hanya selama lebih satu tahun dan telah tercetus hasil dari penemuan tapak kapal karam di persekitaran Pulau Bidong. UMT mempunyai kepakaran didalam bidang oseanografi melalui Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) sebuah institut bertaraf Higher Education Instutute of Excellence (HiCOE) manakala Jabatan Warisan Negara dengan kepakaran dan pengalaman didalam bidang arkeologi. Bersama dengan Prof. Madya Dr. Asyaari dari Institut Alam dan Tamaddun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia, sebuah Task Force telah di bangunkan oleh UMT untuk menjalankan kajian arkeologi maritim di tapak peninggalan artifak di Pulau Bidong. UMT telah menyokong kajian ini dengan peruntukan melebihi RM200,000. Kajian ini bertujuan menimba pengalaman dan pada masa yang sama membangunkan ilmu arkeologi maritim, melatih sumber manusia dan mungkin bila mendapat kelulusan pihak JWN kelak pada tahun ini, bersama-sama membangunkan kaedah pemuliharaan artifak.

10.  Kajian kolaboratif antara UMT-JWN serta dengan bantuan UKM ini adalah permulaan yang baik bagi UMT yang ingin mengembangkan aplikasi ilmu oseanografi. Dengan terdapatnya kapal penyelidikan UMT iaitu RV Discovery serta peralatan osenaografi yang lengkapa dapat memberi sokongan yang baik untuk Jabatan Warisan Negara di dalam usahanya mengkaji tapak-tapak peninggalan maritim di perairan negara. UMT ingin mengembangkan lagi kerjasama ini demi memulihara warisan negara dan berbesar hati jika dapat membantu usaha Jabatan Warisan Negara. UMT amat berterima kasih kepada Y.Bhg Dr. Zainah Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara serta barisan kakitangan beliau yang telah sentiasa memberi kerjasama yang amat erat.

Penutup

11.  Saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur kehadrat Allah swt kepada Laguna Redang Island Resort dan Jabatan Warisan Negara kerana telah membantu UMT didalam usahanya membangunkan ilmu didalam bidang konservasi dan warisan alam marin. Saya mendoakan kerjasama erat ini, yang dimeteraikan hari ini melalui Perjanjian Persefahaman, akan berkembang maju dan memberi manfaat kepada semua pihak, dan semestinya menyumbang kepada pembangunan  dan kesejahteraan negara.

Sekian, Terima Kasih. 

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.