Ucapan Naib Canselor sempena Majlis Pelancaran Investment Policy Statement (IPS) &an Laman Web Rasmi UMT Endowment Fund (UEF)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Ucapan Penghargaan

Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita bersama-sama mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala limpah kurniaNya. Pada petang yang berbahagia ini dengan izinNya juga kita dapat bersama di dalam Majlis Pelancaran Investment Policy Statement (IPS) dan laman web UMT Endowment Fund.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak Universiti Malaysia Terengganu ingin merakamkan ucapan penghargaan dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Mohammed Azlan bin Hashim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu, kerana sudi hadir di dalam majlis pada hari ini.

Latar Belakang

Kemampanan Kewangan dan Endowmen Universiti Awam

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sepanjang dekad yang akan datang, dalam suasana ekonomi penuh cabaran, negara kita perlu menyediakan pendidikan tinggi berkualiti yang boleh diakses secara saksama selaras dengan standard antarabangsa. Ini bermakna dalam suasana kos yang meningkat adalah menjadi hasrat negara untuk memastikan tidak ada pelajar yang berkelayakan dinafikan akses kepada pendidikan tinggi disebabkan oleh faktor kewangan. Ini jelas bahawa kemampanan kewangan adalah faktor kritikal untuk pendidikan tinggi negara.

UMT, sepertimana juga universiti awam yang lain, amat bergantung kepada kerajaan untuk geran langsung. Geran kerajaan sehingga kini telah membiayai sehingga 90% daripada perbelanjaan UMT.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) Lonjakan Ke-5 telah memberi ruang kepada universiti awam untuk mencari sumber pendapatan tambahan alternatif bagi membantu menampung program dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar, tanpa mengurangkan akses atau menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan.

Jawatankuasa Pelaburan dan Endowmen UMT yang dipengerusikan oleh saya sendiri, dengan sokongan padu Sekretariat Endowmen dan Penjanaan dan seluruh warga universiti perlu bersedia menghadapi cabaran ini. Corak pembiayaan bagi setiap universiti awam akan berubah, nisbah geran pukal akan berkurangan. Pengurangan geran kerajaan bermakna kebergantungan kepada sumber baharu akan terus meningkat.

Ini bermakna tiada lagi pilihan. Universiti memerlukan endowmen sebagai sumber alternatif. Endowmen merupakan wang atau aset kewangan yang didermakan kepada universiti. Endowmen bertujuan untuk dilaburkan bagi memastikan pendapatan universiti stabil.

Pengurusan Dana Endowmen Universiti Malaysia Terengganu

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pengurusan dana endowmen yang berkesan adalah kritikal bagi mencapai matlamat dan misi universiti. Instrumen pelaburan yang semakin kompleks turut menyukarkan proses bagi menghasilkan keputusan pelaburan yang tepat.

Adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Pelaburan dan Endowmen untuk memastikan pengurusan dana endowmen dan pelaburan dapat dilaksana secara berkesan untuk menghasilkan pulangan tanpa risiko tinggi.

Oleh yang demikian, struktur governans yang efektif serta kepakaran dan pengalaman ahli di dalam bidang pelaburan amat penting bagi memastikan kelestarian kewangan sesebuah universiti, di dalam konteks pengurusan dan penjanaan dana endowmen.

Pada 25 Januari 2016 pula, Sekretariat Endowmen dan Penjanaan UMT telah ditubuhkan bagi membantu Jawatankuasa Pelaburan dan Endowmen berhubung dasar pelaburan dan endowmen, memantau prestasi pelaburan serta kedudukan semasa di dalam membuat keputusan ke atas pelaburan.

Pengurus Dana UMT yang pertama telah dilantik pada 15 Februari 2016 bagi tujuan menghasilkan IPS untuk dana endowmen UMT, dan mengurus pelaburan dana endowmen universiti supaya mencapai pulangan yang berpatutan dengan risiko yang diambil.

Lantikan Pengurus Dana UMT dan ahli-ahli Sekretariat daripada ahli akademik yang memiliki pengalaman di dalam industri kewangan dan pelaburan, serta ahli-ahli daripada Pejabat Bendahari dan Pusat Islam, membolehkan penilaian dan keputusan pelaburan, serta aktiviti penjanaan (fundraising), dapat dilaksanakan dengan lebih tepat dan dinamik.

Sehingga kini, pasukan endowmen UMT telah menilai lebih 20 dana pelaburan dan menghasilkan Terms of Reference (TOR) dan IPS endowmen UMT.

Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui Pelan Transformasi Universiti (UniTP) telah melancarkan “Purple Book” sebagai panduan am untuk endowmen dan wakaf universiti, di mana ia turut menekankan kepentingan polisi pelaburan universiti.

IPS yang telah dihasilkan UMT merupakan dokumen utama yang menggariskan panduan merangkumi peranan Jawatankuasa Pelaburan dan Endowmen serta keperluan kelayakan Pengurus Dana UMT dan Sekretariat Endowmen dan Penjanaan.

Selain itu ia turut menerangkan polisi pelaburan dana endowmen termasuk agihan aset (asset allocation), pengimbangan semula portfolio dan penanda aras prestasi (performance benchmarking).

IPS merupakan komponen penting bagi membantu pelaburan dana endowmen UMT menghasilkan pulangan yang bersesuaian dengan risiko yang diambil. Ia juga adalah platform di dalam menghubungkan universiti dengan penderma dan pemegang taruh (stakeholders).

Laman Web UMT Endowment Fund

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi membolehkan falsafah pelaburan UMT yang terbuku pada IPS, maklumat penajaan, pengurusan dan prestasi dana, serta perkembangan terkini endowmen UMT dapat dicapai oleh penderma dan pemegang taruh, laman web rasmi UMT Endowment Fund telah berjaya dibangunkan.

Laman web tersebut merupakan sumber rujukan utama mengenai dana endowmen universiti. Selain itu, ia juga agar membolehkan penderma memastikan maklumat jumlah derma serta terdapatnya terma untuk penajaan, pelajar memohon untuk penajaan biasiswa, ahli-ahli akademik memohon untuk penajaan seperti Kursi dan Profesor Endowmen, dan sebagainya.

Penghasilan IPS dan laman web dana endowmen UMT merupakan komitmen kami untuk memastikan sumbangan endowmen yang diterima dan dilaburkan dapat diuruskan secara telus dan sistematik.

Penghargaan

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan   terima kasih kepada YBhg. Dato’ Mohammed Azlan bin Hashim, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah UMT, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pelaburan & Endowmen, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Pegawai-Pegawai Utama & Pegawai-Pegawai Kanan UMT serta hadirin atas kesudian hadir ke UMT untuk majlis pelancaran ini.

Sesungguhnya kami amat menghargai kehadiran ini dan kami berdoa semoga Tuan/Puan sentiasa berada dalam Rahmat Allah dan diberkati.

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.