Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2015 pada 17hb Julai 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Jejaran Mengkudu Berbias Kesuma

Di Celah Angsana di Tanah Jawa

Madah Aluan Pembuka Bicara

Di Dewan Sultan Mizan Kita Bersua

UCAPAN PENGHARGAAN

1)   Segala pujian ke atas hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan Inayah-Nya dapat kita hadir pada malam ini untuk meraikan suatu majlis anugerah yang berprestij di universiti, iaitu Majlis Anugerah Tahunan (MAT) Universiti Malaysia Terengganu untuk tahun 2016.

2)   Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pejabat Pendaftar yang telah mengaturkan kesempatan ini untuk kita bersama-sama berada di Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2016. Majlis malam ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran tetamu kehormat kita iaitu Yang Berbahagia Dato’ Mohammed Azlan bin Hashim selaku Pengerusi LPU UMT yang baru.

3)   Majlis Anugerah Tahunan atau lebih dikenali sebagai MAT bertujuan meraikan kejayaan dan kecemerlangan warga kerja UMT dalam pelbagai bidang. Segala jasa, sumbangan dan pengorbanan warga dalam melaksanakan tugasan sebagai penjawat awam sama ada tugas rasmi mahupun penglibatan aktif di dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan sentiasa diberi pengiktirafan. Pengiktirafan ini dizahirkan melalui Anugerah Julangan Bakat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

4)   Majlis ini juga meraikan komitmen, sokongan dan usaha bakti yang dicurah oleh warga kerja UMT yang telah mencapai tempoh perkhidmatan 10 tahun dan ke atas melalui Hadiah Setia Bakti. Selain itu, majlis ini turut meraikan bakal pesara UMT yang akan bersara dari perkhidmatan masing-masing. Kesetiaan, sumbangan dan sokongan berterusan kepada UMT akan sentiasa menjadi ingatan.

5)   Kategori-kategori anugerah tahun 2016 yang akan disampaikan dan diraikan pada malam ini adalah:-

ANUGERAH

BILANGAN PENERIMA

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

134 Penerima

Anugerah Julangan Bakat

14 Anugerah, 21 Penerima

Anugerah Khas

5 penerima

Hadiah Setia Bakti

89 Penerima

Penghargaan Pesara

11 Penerima

6)   Malam ini juga, buat kali pertamanya kita bakal menyaksikan Anugerah Penerbitan Penyelidikan (Sains Sosial) dimenangi semenjak anugerah tersebut diperkenalkan. Lebih membanggakan penerima tersebut merupakan seorang tutor.

UCAPAN TAHNIAH

Hadirin yang dihormati sekalian,

7)   Saya mewakili pengurusan UMT dan seluruh warga kerja UMT mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah pada malam ini. Semoga komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh saudara-saudari mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya.

Dari Daik pulang ke Daik

Sehari-hari berkebun pisang

Khidmat cemerlang dibalas baik

Dalam hati dikenang orang

PENGHAYATAN KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

8)   Kepada semua penerima anugerah pada malam ini, jadikanlah anugerah kecemerlangan yang diterima ini sebagai satu amanah dan cabaran untuk terus memberi komitmen yang terbaik dan cemerlang dalam tugasan seharian. Suka juga untuk saya mengingatkan bahawa anugerah ini bukan hanya sebagai pendorong dan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang, bahkan ia diharapkan menjadi penggerak dan peneraju dalam membudayakan kecemerlangan.

9)   Namun begitu, dalam keghairahan kita bersaing sesama kita, kecemerlangan individu semata-mata tidak menjamin kejayaan sebuah organisasi. Kecemerlangan dan kejayaan menerajui sesebuah organisasi bukan hanya terletak pada kemajuan serta kecanggihan infrastuktur semata-mata tetapi ia juga bergantung kepada keupayaan sumber daya insan organisasi itu sendiri. Saya percaya kecemerlangan sesebuah organisasi itu datang dari penghayatan nilai kebersamaan (togetherness) antara warga organisasi dalam menghadapi cabaran arus perdana.

10)   Kecemerlangan bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerja tetapi juga bergantung pada perkhidmatan yang terbaik dan berintegriti. Sebagai jentera kerajaan yang berperanan melaksana segala dasar-dasar dan keputusan kerajaan khusus dalam bidang pengajian tinggi, kita  perlu menumpukan seluruh usaha dan tenaga ke arah penyampaian perkhidmatan yang efektif, efisien, berkualiti, telus, mendahului dan mementingkan rakyat dan pelanggan bagi memastikan kejayaan matlamat kerajaan. Sehubungan itu, budaya kerja yang menggabungkan disiplin, tanggungjawab, integriti, kebertanggungjawapan dan kebersamaan serta menjaga kerahsiaan mesti menjadi nilai lestari setiap warga UMT.

SEMANGAT KESUNGGUHAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

11)   Tema majlis pada malam ini  ‘Sehangat Jingga’ ia menampakkan kesungguhan seluruh warga UMT dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang demi bangsa, negara dan agama.  Kecemerlangan hanya boleh dicapai sekiranya kita berani berubah dengan mengali dan memanfaatkan ilmu, pengetahuan dan kemahiran baru supaya kita menjadi lebih cekap dan responsif untuk menangani saingan dari dalam mahupun luar organisasi. Semangat pembelajaran dan perubahan berterusan sepertimana diungkapkan oleh Tokoh Kualiti, William Edwards Deming, “I am forever learning and changing” perlu dihayati sepenuhnya.

KENYATAAN PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian,

12)   Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendaftar selaku Jawatankuasa Pelaksana dengan kerjasama yang tidak berbelah-bagi dari Pusat Bakat dan Inovasi Akademik (PBIA), Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Pusat Pembangunan dan Harta (PPH) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian atas kejayaan mengadakan majlis penghargaan kepada kakitangan dalam suasana ‘istimewa’, bersesuaian dengan kecemerlangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh warga UMT.

13)   Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pemilihan Penerima Anugerah Julangan Bakat UMT dan Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisme dan Kerjaya Kumpulan Profesional dan Sokongan atas kebijaksanaan dalam membuat keputusan untuk memilih penerima bagi Anugerah Julangan Bakat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Tidak lupa juga penghargaan kepada urusetia setiap Jawatankuasa-jawatankuasa yang telah membantu dalam menjayakan proses pemilihan yang dijalankan

14)   Ucapan tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua penerima anugerah pada malam ini.

Bunga kemboja putih berseri

Putihnya melur dihujung dahan

Atas kerjasama dan bantuan yang diberi

Puji syukur dan terimakasih kami ucapkan

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2015