Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Pelancaran Makmal Komuniti UMT - Pembangunan Ekosistem Setiu

Setiu Lembangan Ilmu

Yang Berhormat Dato’, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

1.          Di dalam usaha bagi membawa semua penyelidik-penyelidik UMT bergerak bersama-sama dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penyelidikan dan kehidupan suatu komuniti, satu pendekatan strategik yang difikirkan ialah dengan menggunakan kawasan kajian sebagai ‘titik penyatuan’, selain daripada  pendekatan sektorial yang besar umpamanya mengikut bidang ilmu, sebagai contoh ilmu perikanan, ilmu pemakanan dan lain-lain lagi.

2.          Oleh itu, UMT telah sekian lama memilih TEMPAT atau lokasi sebagai usaha untuk membawa penyelidik bersama-sama yang dinamakan sebagai EKOSISTEM SETIU.

3.          Sebagaimana yang kita sedia maklum, UMT telah menjalankan penyelidikan di Tanah Bencah Setiu seawal penubuhannya pada tahun 1979 yang bermula dengan Pusat Perikanan dan Sains Samudera.

4.          Semenjak itu, Setiu telah menjadi medan para ilmuan UMT. Telah banyak data dan maklumat yang kita perolehi selama ini, namun, masih banyak yang boleh kita lakukan bersama-sama secara kolektif dengan maklumat dan informasi yang telah diperolehi itu. Oleh itu, asimilasi di antara penyelidik dan komuniti merupakan salah satu wadah penting bagi memastikan kelestarian hasil dan dapatan penyelidikan yang dijalankan di sini.

5.          Saya yakin hubungan UMT dan komuniti Setiu akan terus berkembang selaras dengan pembangunan di Tanah Bencah Setiu dari satu daerah yang agak kurang dikenali sehingga kini menjadi ‘hub’ kepada industri perikanan, akuakultur, pertanian, selain sebagai pusat tarikan baru dalam eko-pelancongan.

6.          Saya percaya majlis pada hari ini juga menunjukkan bukan sahaja UMT dan komuniti Setiu sama-sama berganding bahu dan komited dalam proses pemindahkan ilmu dan inovasi, malah Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyokong hasrat UMT dalam memilih nic penyelidikannya iaitu Sains Marin dan Sumber Akuatik.

7.          Di atas sokongan tersebut, KPM telah memperuntukan kepada UMT sebanyak RM5juta ringgit dalam tempoh lima (5) tahun untuk membangunkan nic penyelidikan UMT supaya lebih menyerlah dan lestari di mana UMT telah memilih Setiu sebagai gelanggang penerokaan ilmu.

8.          Untuk makluman semua, bukan sahaja penyelidik yang terdiri daripada ahli akademik yang turun padang ke Setiu, malah program penyelidikan khas yang dikenali sebagai projek ‘Mengasuh Penyelidik Muda’  yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi UMT juga telah dijalankan.

9.          Projek ini adalah yang pertama kali diadakan seumpamanya di UMT mengikut model yang dijalankan oleh universiti di negara matahari terbit iaitu Jepun dalam usaha mendedahkan para pelajar mengenai aktiviti dan pengurusan penyelidikan. Ia juga pertama kali dijalankan Malaysia. Seramai 130 orang pelajar prasiswazah telah terlibat dalam program ini.

Makmal Komuniti UMT: Pembelajaran Sepanjang Hayat

Para hadirin yang dihormati sekalian,

10.     Tanpa kita sedar, selama ini masyarakat dan para penyelidik telah sama-sama menyumbang baik secara formal dan tidak formal; Secara langsung dan tidak langsung. Ahli akademik melalui ilmu pendidikan arus perdana manakala komuniti bijak dengan pengalamannya. Kebergantungan ini adalah pembelajaran sepanjang hayat.

11.     Pelancaran Makmal Komuniti UMT ini adalah satu konsep di mana Setiu dan keseluruhan kandungannya yang terdiri daripada insan, hidupan, sungai-sungai, bukit-bukau, lagun, pepohonan adalah makmal kehidupan dan tempat tadahan ilmu yang boleh dikaji oleh ahli akademik UMT. Setiap penyelidikan yang dibuat memerlukan pandangan dan juga ilmu lisan atau penceritaan melalui pengalaman yang boleh diperolehi melalui komuniti setempat. Maka begitulah perkembangan ilmu bermula.

12.     Saya yakin dan percaya, kerjasama yang gigih dan berterusan ini mampu memberi nilai tambah kepada masyarakat setempat dan menghasilkan banyak lagi inovasi, teknologi, produk dan sumber kekayaan demi kesejahteraan sejagat.

Output/Hasil Penyelidikan Terkini

13.     Sukacita saya ingin berkongsi di sini, dalam tempoh 2014–2015 ini sahaja;

·       Sebanyak lebih 104 projek penyelidikan telah dan sedang dijalankan di bawah Flagship Pembangunan Ekosistem Setiu UMT;

·       Di mana seramai 90 orang ahli akademik yang terlibat;

·       Seramai 51 modal insan sedang dilatih yang terdiri daripada 28 pembantu penyelidik siswazah peringkat Sarjana, 6 pembantu penyelidik siswazah peringkat Doktor Falsafah dan 17 pembantu penyelidik;

·       Seramai 130 pelajar program sarjana muda telah diasuh dalam program Mengasuh Penyelidik Muda;

·       Sebanyak 9 artikel jurnal saintifik dalam proses penerbitan; dan

·       Sebuah buku telah diterbitkan – yang mana ia akan dilancarkan sebentar nanti dan sebuah lagi dalam proses penerbitan.

Penutup

14.     Akhir sekali, izinkan saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas usahasama di antara Pejabat Daerah & Tanah Setiu dan UMT, semoga ia dapat diteruskan sampai bila-bila.

15.     Saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu kerana sudi hadir menjayakan program ini.

16.     Kepada semua Ketua-Ketua Jabatan dan wakil, Pegawai-Pegawai Utama dan Kanan UMT, terima kasih saya ucapkan atas komitmen demi membantu UMT dalam merealisasikan program ini. Semoga semua ini akan dapat membantu ke arah Setiu Maju dan Pendidikan yang cemerlang.

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.