Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Ramah Mesra Warga UMT Bersama Komuniti Bukit Kor pada 20hb September 2015

LATAR BELAKANG KAMPUS BUKIT KOR

Hadirin yang dihormati sekalian,

1.          Bermula Januari 2012, kawasan tanah seluas 600 ekar yang ini telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada UMT untuk pembangunan kampus baharu universiti. Pemilikan tapak baru Kampus UMT Bukit Kor ini bukan sahaja akan dapat mengatasi masalah kepadatan di kampus sedia ada sekarang, tetapi juga membolehkan UMT merancang untuk perkembangan dan penempatan bidang-bidang pengajian baharu di masa akan datang.

2.          Maka, bermula tahun 2012 UMT telah membuat rancangan penggunaan tanah di kampus Bukit Kor ini untuk tempoh jangka pendek sebelum pelaksanaan projek jangka panjang yang akan dilaksanakan mengikut pelan induk Kampus Bukit Kor yang akan dibangunkan. 

KOMUNITI BUKIT KOR

Hadirin yang dihormati sekalian,

1.          Buat masa ini, tanah kampus Bukit Kor di kawasan lembah dan juga cerun rendah yang terbuka sedang diusahakan oleh sekumpulan 20 keluarga petani daripada kampung berhampiran untuk pengeluaran tanaman semusim dan juga ternakan lembu. Landskap di kawasan ini di penuhi dengan petak-petak tanaman serta lorong yang menghubungkan kawasan ini dengan jalan keluar.

2.          Aktiviti ini dibenarkan mengikut perjanjian sewaan tanah yang dibenarkan oleh UMT dan ianya merupakan aktiviti yang mendominasi guna tanah di Bukit Kor ketika ini.

3.          Ingin saya maklumkan sewaan ini dilanjutkan sehingga 1hb. April 2016 sebagaimana perjanjian sewaan tanah yang telah dipersetujui sebelum ini dengan kadar sewaan yang tidak berubah. Kadar sewaan ini adalah sangat rendah dan tidak memadai dengan cukai yang dibayar oleh UMT kepada kerajaan. Namun, keputusan yang dibuat ini berdasarkan komitmen dan tanggung jawab UMT kepada Masyarakat serta rekod dan kerjasama baik yang ditunjukkan oleh para petani selama ini.

4.          Keputusan ini juga merupakan salah satu usaha UMT dalam membina hubungan baik dan kerjasama membantu bersama komuniti setempat. Amatlah diharapkan agar peluang ini dapat digunakan sebaiknya oleh pihak petani.

PROJEK TANAMAN KOMERSIL WARGA UMT BERSAMA KOMUNITI TANI

Hadirin sekalian,

1.          Pihak UMT melalui Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) akan menjalankan beberapa projek usahama yang dikenali sebagai Projek Pengeluaran Tanaman Komersil bersama Komuniti Usahawan Tani Bukit Kor.

2.          Projek ini akan bermula pada bulan September 2015 ini dengan dimulai dengan projek tanaman Jagung Manis, Mangga Harum Manis, Durian Musang King dan Kelapa Mantag. Jagung manis merupakan tanaman jangka pendek yang akan mendapat hasil dalamasa tiga bulan, manakala tiga tanaman buah-buhan dalam projek ini adalah tanaman jangka panjang yang mula mendapat hasil secepat-cepatnya 3 atau 4 tahun.

3.          Pada masa yang sama, melalui projek ini UMT akan memulakan satu usaha untuk mempopularkan sejenis tumbuhan rendah guna (under-utilized species) ia-itu pokok Kemunting (Rose Myrtle). Pokok ini hidup meliar dan tersebar luas di pesisir pantai Terengganu tanpa dimenafaatkan oleh penduduk. Buahnya boleh dimakan segar dan sangat sesuai dibuat jem. Kecantikan bunga dan rimbunan pokoknya sesuai dijadikan hiasan taman. Manakala bahagian akarnya dikatakan boleh dijadikan ramuan herba untuk mengubati ceret berek dan selsema. Justeru UMT mengambil insiatif untuk menanam dan akan disertai dengan kajian tertentu saperti agronomi, membiak-baka dan penghasilan produk untuk memajukan pokok ini sebagai salah satu tanaman komersil Pesisir di Terengganu.

4.          Amatlah diharapkan agar dengan adanya kepakaran daripada pihak PPSTM dan pengalaman yang ada oleh pihak Usahawan Tani Bukit Kor ini dapat membuahkan hasil yang baik dan berguna, bukan sahaja kepada komuniti dan UMT tetapi kepada industri pertanian negara.

PERASMIAN BANGUNAN ASRAMA KAMPUS BUKIT KOR

Hadirin sekalian,

1.          Syukur kita kepada hadrat Ilahi kerana beberapa infrastruktur sementara termasuk jalan, asrama pelajar dan sebagainya telah dibangunkan sebagai pusat permulaan bagi melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran, penyelidikan, kokurikulum, riadah dan sebagainya oleh warga pelajar dan staf UMT.

2.          Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan hari ini untuk merasmikan Bangunan Asrama Kampus Bukit Kor ini, dengan lafaz penuh barakah “Bismillahirahmanirahim” saya dengan ini merasmikan Bangunan Asrama Bukit Kor untuk kegunaan warga pelajar dan staf UMT.

PENUTUP

1.          Saya dengan ini, merakamkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Marilah kita bersama-sama memohon keizinan dan keredhaan ALLAH S.W.T supaya segala usaha kita dalam meningkatkan kualiti hidup dan membina Negara bangsa yang sejahtera ini diberkati olehNya.

2.          Akhir kata, saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.