Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Kerjasama UMT di Laguna Redang Resort pada 3hb September 2015

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

1. Bersyukur kehadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama pada pagi ini bagi Majlis Rasmi Kerjasama di antara UMT dan Laguna Redang Island Resort. Selamat datang juga saya ucapkan kepada peserta-peserta Seminar & Bengkel Pemuliharaan Penyu, yang turut hadir pada hari ini, bagi agenda kita yang terakhir untuk program Seminar & Bengkel Pemuliharaan Penyu.

Hadirin Sekalian,

2. Pihak Laguna Redang Island Resort telah banyak membantu dan menyokong UMT dalam usaha bagi penyelidikan dan pemuliharaan Chagar Hutang sejak tahun 2004 lagi.

3. Usaha mereka bukan sahaja tertumpu kepada pemuliharaan penyu di Chagar Hutang sahaja, bahkan merangkumi kepada penyelidikan yang lain juga termasuk usaha pemuliharaan terumbu karang.

4. Dikesempatan ini, saya bagi pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Laguna Redang Island Resort kerana sentiasa memberikan usaha serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pihak UMT, bagi tujuan penyelidikan serta program pemuliharaan di Chagar Hutang.

5. Di antara usaha serta sokongan yang telah diberikan oleh pihak Laguna Redang Island Resort ialah berbentuk program kerjasama dengan UMT, bagi tujuan penganjuran program kesedaran di Chagar Hutang. Pihak Laguna Redang Island Resort telah berbesar hati, menyediakan tempat pameran serta memberi kemudahan penginapan dan makanan kepada peserta, sepanjang program dijalankan, dan ini, termasuk penajaan makan tengahari yang menyelerakan bagi peserta pada program kita pada hari ini.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

6. Penyediaan sebuah makmal sains untuk tujuan penyelidikan terumbu karang oleh pihak Laguna Redang Island Resort bagi kemudahan penyelidik dan pelajar dari Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran, UMT, adalah amat dihargai. Dengan tersedianya kemudahan ini, sedikit sebanyak memudahkan urusan penyelidikan serta pemuliharaan yang sedang dijalankan.

7. Pihak Laguna Redang Island Resort juga telah menyediakan peralatan menyelam serta perkhidmatan bot secara percuma kepada penyelidik serta sukarelawan UMT yang kerap kali berulang alik ke Pulau Redang untuk menjalankan penyelidikan.

8. Usaha-usaha tersebut masih berterusan sehingga ke hari ini, dan pihak UMT sangat berbesar hati serta berterima kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Laguna Redang Island Resort.

PENUTUP

9. Terima kasih di atas segala usaha serta sokongan yang telah dan akan diberikan.Semoga pihak UMT dan Laguna Redang Island Resort, akan dapat terus menjalinkan kerjasama dalam menyokong usaha pemuliharaan dan penyelidikan penyu serta terumbu karang di Chagar Hutang, Pulau Redang.

10.Setinggi-tinggi ribuan terima kasih dan penghargaan sekali lagi, diberikan kepada pihak Laguna Redang Island Resort di atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.

Terima kasih.