Ucapan Naib Canselor Sempena Program Perhimpunan Bulanan 12hb Julai 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Didoakan agar semua warga kampus berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah s.w.t bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Sesungguhnya semoga kita semua berada dalam keberkatan.

Syukur alhamdullilah kepada hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurniaNya serta izinNya, dapat kita berkumpul bersama-sama dalam Majlis Perhimpunan Bulanan pada pagi yang indah ini. Tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 1436 Hijrah kepada semua. Insya Allah kita semua akan merayakan sambutan Aidilfitri yang akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga kampus.  

Selamat datang diucapkan kepada Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato’ Dr. Hj Zulkifly bin Haji Muda, Mufti Negeri Terengganu ke Universiti Malaysia Terengganu. Terima kasih juga kepada Y.Bhg Dato’ Mufti yang sudi menyampaikan ceramah sempena bulan Ramadhan yang bertajuk “ Hebatnya Sedekah”. Sama-samalah kita menghayati segala apa yang akan disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Mufti nanti.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendaftar yang telah berusaha dengan dedikasi bagi menjayakan program perhimpunan pada pagi ini. Terima kasih juga saya tujukan kepada warga kampus  sekalian yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan program ini. Saya juga dimaklumkan oleh pihak urusetia bahawa nanti akan dilancarkan Majlis Flag Off Program Cakna Asnaf .

Ucapan syukur dan alhamdulillah kerana pada tahun ini warga kampus buat pertama kalinya dapat menunaikan solat terawih bersama-sama di Pusat Islam, UMT. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pusat Pembangunan dan Harta (PPH) kerana berjaya menyiapkan bangunan Pusat Islam yang serba indah dan selesa untuk kegunaan kita bersama. Saya juga mohon mencadangkan kepada Pusat Pembangunan dan Harta (PPH) memikirkan penyelesaian terbaik bagi cadangan daripada jemaah dan para akademik berikutan keperluan menyediakan penghawa dingin di dalam balai solat.

Tahniah dan Syabas kepada semua pegawai dan staf Pusat Islam berikutan Pusat Islam UMT telah diberi surat kelulusan kebenaran bagi masjid digunakan untuk menunaikan sembahyang Jumaat  oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu. Solat Jumaat PERTAMA telah diadakan pada 26hb Jun lalu di Pusat Islam@Masjid UMT. Kira-kira 2000 orang jemaah hadir yang terdiri daripada pelajar, staf dan penduduk-penduduk sekitar Kubang Badak, Kuala Nerus. Khutbah dan Solat Jumaat diimankan oleh Tuan Haji Aizi Saidi bin Abd. Aziz, Iman Besar Negeri Terengganu.

Pemasyhuran Pusat Islam UMT

Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,

Universiti Malaysia Terengganu dalam sesi mengadap pada 16hb Jun yang lalu telah menyembah maklum dan memohon mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu selaku Tuanku Canselor mengenai cadangan penamaan dan pemasyhuran Pusat Islam UMT sebagai Pusat Islam Sultan Mahmud.

Cadangan pemilihan nama Pusat Islam Sultan Mahmud adalah kesinabungan nama-nama rasmi di dalam kampus UMT yang telah dimasyhurkan sebelum ini, iaitu Dewan Sultan Mizan, Perpustakaaan Sultanah Nur Zahirah dan Kompleks Sukan Tengku Muhamad Ismail. UMT telah memohon limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu untuk menyempurnakan majlis pemasyhuran tersebut  Cadangan tarikh majlis pemasyhuran adalah pada 16hb Oktober 2015.

Pemantapan Struktur Governan

Para warga kampus sekalian,

Syukur alhamdullilah, pihak pengurusan telah berbincang dan duduk bersama-sama dalam melihat kembali serta mengubahsuai struktur organisasi universiti dalam memastikan semua kehendak pemegang taruh universiti dipenuhi. Universiti tidak melakukan perubahan struktur secara drastik kerana ianya akan membuatkan universiti terhenti menjalankan operasi jika perubahan total dibuat.

Apa yang disentuh oleh pihak pengurusan ialah meletakkan kembali sesuatu fungsi dan skop pusat tanggungjawab di tempat yang sepatutnya. Tujuan utama pengubahsuaian struktur adalah untuk memantapkan sistem governan dengan mewujudkan sistem komunikasi perkongsian maklumat yang mantap antara pusat tanggungjawab dan semua warga kampus. Kejayaan ini sangat bergantung kepada kerjasama dan sumbangan dari semua pihak yang terlibat di dalam universiti.

Insya Allah, selepas Hari Raya Aidilfitri nanti struktur governan baharu UMT akan dapat diselaraskan selepas mendapat pengesahan daripada Lembaga Pengarah Universiti.

Kerjasama Kepakaran Menangani Peristiwa Banjir

Saudara dan saudari sekalian,

Dengan tertubuhnya daerah baharu iaitu Daerah Kuala Nerus yang merupakan daerah paling bongsu dalam negeri Terengganu, sesungguhnya universiti perlu bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan negeri bagi mengerakkan perkembangan dan kemajuan daerah ini. Walaupun merupakan daerah paling bongsu tetapi ianya merupakan daerah yang paling efektif dari segi perkembangan pendidikan. Kerjasama antara universiti yang mempunyai kepakaran masing-masing boleh disumbangkan kepada perkembangan terutamanya berkaitan projek tebatan banjir dan juga hakisan pantai yang berlaku di kawasan Kuala Nerus.

Kita seharusnya mengaplikasikan permasalahan peristiwa banjir yang berlaku sebagai satu usaha melonjakkan kepakaran flagship universiti bagi bersama-sama menangani isu banjir. Oleh itu saya mengharapkan Special Interest Group (SIG) Coastal Disaster Risk Solution perlu memainkan peranan lebih efektif dan terkehadapan bagi memberikan khidmat nasihat kepada pembangunan dan perancangan bandar baharu Kuala Nerus nanti.

Insya Allah pada 28hb Julai nanti, Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan “Seminar Hakisan Pantai dan Banjir Kuala Nerus” bagi membincangkan permasalahan peristiwa banjir disamping mencari solusi dan cadangan penambahbaikkan terbaik.

Program Cakna Asnaf Di Komuniti Kejiranan UMT

Warga kampus sekalian,

Sebentar nanti saya akan melakukan Flag-Off Program Cakna Asnaf Di Komuniti Kejiranan UMT. Kempen Fastabiqul Khairat yang telah dimulakan pada tahun 2013 dan diteruskan pada tahun ini yang bertujuan mengajak semua warga UMT berlumba-lumba melakukan kebaikan. Untuk itu, kempen bersedekah kepada komuniti kejiranan UMT yang dijalankan oleh Pusat Islam ini adalah merupakan tanggungjawab sosial universiti terhadap komuniti sekitar.

Untuk tahun 2015, sehingga setakat ini jumlah Infaq warga UMT yang dapat dikumpul ialah sebanyak RM56,000.00. Dengan jumlah wang sebanyak itu, Pusat Islam berupaya melakukan 7,500 hidangan iftar untuk asnaf fisabilillah sepanjang Ramadhan, 7500 kg beras dan 100kg daging dapat diagihkan kepada 750 keluarga fakir miskin. Syukur alhamdulillah ini semua adalah hasil sumbangan dengan kerjasama beberapa NGO dalaman dan juga luaran UMT. Saya mengharapkan usaha-usaha murni diteruskan lagi pada tahun hadapan disamping kita beramal malah kita juga bersama-sama meringankan beban insan yang serba kekurangan dalam menyambut Hari Lebaran nanti.

PENUTUP

Warga kampus sekalian,

Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, suami, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan.

Saya mendoakan agar warga kampus yang pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, selamat dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing dan selamat kembali bertugas semula nanti. Kepada rakan-rakan termasuk bukan Islam saya mengesyorkan supaya menggunakan ruang dan peluang ini untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.         

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan

Maaf Zahir dan Batin

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah,

Wasaalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh